Pokok Bunga Bangkai
Pokok Bunga Bangkai

Pokok Bunga Bangkai

Pokok bunga bangkai, titan Arum atau nama botaninya Amorphophallus titanum Becc. merupakan tumbuhan dari famili Araceae tempatan di Sumatera, Indonesia, yang terkenal sebagai tumbuhan dengan bunga majmuk terbesar di dunia, meskipun catatan menyebutkan bahawa kerabatnya, Amorphophallus gigas (juga tempatan di Sumatera) dapat menghasilkan bunga setinggi 5m. [2] Namanya berasal dari bunganya yang mengeluarkan bau seperti bangkai yang membusuk, yang bertujuan sebenarnya untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendebungaan bunganya. Nama 'bunga bangkai' juga sering digunakan sebagai gelaran bagi pakma raksasa, Rafflesia arnoldii. Di alam, tumbuhan ini hidup di daerah hutan hujan basah. Bunga bangkai adalah bunga rasmi bagi Provinsi Bengkulu.